Kelebihan memihak JDT
KEJAYAAN Johor Darul Takzim (Johor DT) menumpaskan Balestier Khalsa 3-0 pada saingan Kumpulan F Piala Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) 2015 malam kelmarin ternyata memberi kelebihan kepada pasukan Harimau Selatan itu untuk beraksi di gelanggang sendiri pada pusingan kedua hujung bulan ini.
Dengan meraih tiga mata penuh, Johor DT muncul juara Kumpulan F dengan mengumpul 15 mata dan membolehkan mereka bertemu Ayeyawady United dari Myanmar di kubu sendiri, Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin pada 27 Mei ini.
Pengendali Johor DT, Mario Gomez yang baru sahaja mengemudi pasukan tersebut dalam dua perlawanan setakat ini menganggap kemenangan tersebut cukup penting buat dirinya.
“Sudah tentu ada perbezaan beraksi di gelanggang sendiri dan tempat lawan. Saya sangat mengharapkan kemenangan malam ini (kelmarin) bagi memastikan kami bermain di tempat sendiri pada perlawanan seterusnya,” katanya kepada pemberita selepas aksi menentang kelab dari Singapura itu malam kelmarin.
Gol kemenangan skuad Harimau Selatan dihasilkan oleh Safee Sali, Safiq Rahim dan Luciano Figueroa.
Dengan kemaraan Johor DT ke pusingan kedua, ia turut melakar kejayaan kali kedua Gomez membawa pasukan lain selain pasukan South China pada kempen Piala AFC lepas.
Mengulas mengenai kemenangan ke atas Balestier Khalsa, Gomez berkata, pertukaran strategi dengan memasukkan pemain simpanan seperti Safee dan Mohd. Nazrin Mohd. Nawi pada separuh masa kedua telah membuahkan hasil selepas persembahan hambar pada separuh masa pertama.
“Pada separuh masa pertama, pasukan lawan beraksi dengan baik dan membuatkan saya menukar strategi dalam separuh masa kedua,” jelasnya.
Dalam pada itu, jurulatih Balestier Khalsa, Marko Kraljevic berkata, mereka telah cuba bertahan dan berjaya mengekalkan kedudukan sehingga minit ke-74 sebelum Johor DT berjaya menjaringkan gol pertama.
“Saya lihat pasukan kami bermain dengan baik, namun apabila kami membuka sedikit ruang, akhirnya Johor DT bertindak menghukum kami,” kata jurulatih berasal dari Croatia itu.
Bagaimanapun, beliau mengakui anak-anak buahnya sudah mula keletihan pada 15 minit terakhir perlawanan dan gagal menghalang kemaraan Johor DT.
Semua negatif
Kuala Lumpur: Sukan SEA Singapura bakal menyaksikan
kontinjen negara tidak terbabit dengan sebarang skandal doping
apabila seramai 459 daripada 510 atlet yang disasarkan
menjalani ujian doping setakat ini, bebas daripada pengaruh bahanterlarang.Pengalaman
lalu memberi pengajaran buat kontinjen apabila skandal doping membabitkan beberapa kes berprofil tinggi seperti
Datuk Lee Chong Wei dan atlet wushu
negara, Tai Cheau Xuen sedikit sebanyak mencalarkan imej
negara.Bagaimanapun, jumlah itu tidak membabitkan keseluruhan kontinjen apabila
11 peratus atletmembabitkan empat jenis sukan seperti tenis, sepak takraw
wanita, snuker dan billiard serta bowling masih lagi belum berbuat
demikian.Perkara itu disahkan ketua kontinjen negara ke Sukan SEA Datuk Seri
Mohamad Norza Zakaria ketika sesi pertemuan bersama tujuh persatuan sukan
di Institut Sukan Negara (ISN) semalam.Pada pertemuan untuk mengenal pasti
masalah setiap persatuan menjelang Sukan SEA, Norza menegaskan, hingga 18
Mei lalu sebanyak 89 peratus atlet sudah menjalani ujian doping dan semuanya
negatif.“Semua persatuan memberi maklum balas positif dan kita akan menjalankan
ujian itu terhadap baki 11 peratus atlet secepat mungkin. Mereka yang
belum menjalani ujian doping adalah disebabkan beberapa faktor antaranya
tidak berada di dalam negara kerana menjalani latihan di luar atau
terbabit dengan kejohanan.“Namun, semua itu mungkin dapat diselesaikan apabila
majoriti atlet akan kembali untuk menjalani kem latihan akhir yang berlangsung di Hotel IOI Palm
Garden Resort, Putrajaya dari 22 hingga 24 Mei,” katanya.Sementara itu,
Norza berkata, pengumuman sasaran pingat kontinjen negara akan dilakukan tidak
lama lagi apabila Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin Abu Bakar dijangka
hadir
pada hari terakhir kem latihan, Ahad ini.Katanya,
setakat ini, semua 675 atlet dan 269 pegawai bakal menyertai kem itu namun terdapat
lima atau enam persatuan dikecualikan atas beberapa sebab yang tidak dapat
dielakkan.
Malaysia bakal menyertai 35 daripada 36 sukan membabitkan
365 daripada 402 acara dipertandingkan membabitkan 269 pegawai dan 675
atlet dengan jumlah keseluruhan kontinjen adalah 944. Acara yang tidak
disertai atlet negara adalah bot tradisi.
No comments:
Post a Comment